Thursday, January 7, 2010

Ojet yang sentimental...

Ojet (anak perempuanku) suka menulis nota atau kad ucapan untukku. Aku suka dan memang sentiasa menunggu.. Kreatif dan kadang-kadang buat aku 'terkesima'.

Ini antara koleksi kad dan nota dari Ojet yang aku simpan.

("You are great mom! Although you always scolding me
but I still love you. You are only mom I have. I try
to make you happy and hope you will give a smile."
)
Memanglah mak suka menjerit pada Dek Da, pasal awak
suka buat 'trouble..' Degil!


("Selamat Hari jadi mak!! yang ke 47 tahun.
Moga-moga sihat selalu & no migrain!! he..he.. :>
and happy birthday once again.. Happy birthday to you!")

Now, migrain mak dah kurang....

Inilah nota yang paling buat aku pilu. Masa tu Ojet baru
berumur 8 tahun. Dalam darjah dua. Tengoklah
gaya tulisan dan ejaannya.
("Emak ong berasa rindu
dengan emak waktu mak pergi Bali. Dengan hati yang
iklas ong
memberi sebuah hadiah. Hadiah ini tidaklah
bes sangat.")

(Seronok main teka-teki dengan Ojet masa dia beri hadiah ni.)

Apa-apapun mak nak Dek Da tau, Mak sentiasa rindukan Dek Da walaupun mak sering marah-marah. Mak sayangkan Dek Da.

2 comments:

  1. mesti kembang hati dapat kad dari anak2.
    apalagi kalau kad handmade cam ni

    ReplyDelete
  2. Ya Irfa, syahdu sangat rasa hati...

    ReplyDelete