Tuesday, November 9, 2010

Ingatan pada anak-anak...

Sedar, aku bukanlah seorang pelukis yang bagus,
cukup untuk membuatkan aku leka serta menghilang
rasa sunyi dan bosan duduk sendirian.

Pertama kali mendengar luahan hati Ojet di malam ceramah motivasi untuk pelajar tingkatan lima di sekolah minggu lepas hati tersentuh. Aku sebak dan hampir menitiskan airmata. Aku renung jauh-jauh kedalam anak matanya tika dia mengungkapkan kata-katanya.

"Mak sayang Dek Da. Mak nak Dek Da pun sama macam abang. Mak sentiasa mendoakan kejayaan juga buat Dek Da. Dan mak wujudkan blog ini khas buat abang dan Dek Da," dan aku seperti mendengar tepukan tika aku meluahkan kata-kata ini dari hadirin yang hadir pada malam itu.

Tiap detik bersama anak-anak adalah waktu yang amat manis dalam hidup. Keletah, tingkahlaku dan kenakalan Dek Da dan Abang ketika kecil tetap segar dalam ingatan. Segala-galanya itu tidak mungkin dapat aku lupakan dan itulah Sweet Memoryku dalam hidup ini.

1 comment:

  1. dek da yang mana satu...? buat blog ini khas untuk dorang berdua aja ke? yang lain tak kecil hati ke? hurmmm

    ReplyDelete