Thursday, February 17, 2011

"Mak demam..."

Deringan talipon genggam yang aku letakkan tepi bantal mengejutkan tidur. “Hello!” dengan nada lemah dan malas ku gagahi juga menjawab.

“Aaa kenapa suara mak, tak sihat ke?” Suara abang riang kedengaran. Mata aku yang terpejam, celik serta merta dan teruja.

“Ya mak demam.”

“Hmm mak dah gi klinik”

“Belum tunggu Acik balik, Abang kenapa talipon mak ni?”

“Hmm tak ada apa-apa. Aaa tadi projek sains abang menang lagi.” Nada riang abang jelas kedengaran. Aku bingkas bangun. Hilang rasa sakit-sakit dan lenguh-lenguh bila mendengar suaranya.

“Ooo ya, kali ni dapat berapa?”

“Hmm tak dapat apa-apa just menang je!”

“Okey, abang kat mana ni, dah habis kuliah ke?”

“Abang dengan kawan-kawan tengah siap-siap nak pergi makan ni.”

Dua hari aku demam. Seluruh badan sakit-sakit. Dan bangun pun tak larat. Lepas balik dari klinik dan makan ubat aku terus tidur. Tak peduli dah semua hal-hal dalam rumah. Kesian Ojet pandai-pandai dia saja menguruskan segala-galanya. Aku betul-betul tak berdaya. Tapi lepas dapat panggilan talipon dan dengar suara abang segala-galanya berubah.

Aku jadi segar dan bersemangat. Rindu ke tu....?

2 comments: