Friday, December 23, 2011

Tak sampai hati berkata tidak...


Sekali makan RM74... Eee terasa macam mahal la pulak. Tapi sebab pergi dengan salah sorang ‘buah hatiku’, pejam mata jelah dengan harga tu. Janji dia dan aku happy dan kenyang. Hari tu aku keluar berdua saja dengan dia. Kami jalan-jalan kat satu shopping compleks. Aku saja-saja nak cuci mata tapi akhirnya terbeli juga sepasang kasut dan sehelai jeans. Bila lalu dekat depan satu restoran tu dia cakap nak makan kat situ.

Aku sebenarnya bukanlah nak makan sangat kat restoran tu tapi dah ‘si abang’ ni minta, aku turutkan saja. Serba salah kalau nak tolak permintaannya tu. Lebih-lebih lagi kalau dia dah tunjuk muka kesian. Jangan salah faham pulak ya, ‘si abang’ yang aku maksudkan ni, adalah anak lelaki ku yang sekarang ni tengah menghabiskan cuti semesternya di rumah.

Aku macam nilah. Tak sampai hati untuk berkata ‘tidak’ pada anak-anak. Apa lagi dalam bab makan. Rasa terkilan, kesian, takut nanti kempunanlah. Akhirnya aku yang kena ‘sembelih.’ He..he... ibu-ibu yang lain macam mana? serupa juga ke?

Habis je makan dia cakap, “Eee cam membazir je makan sampai RM74 hengget! Tak habis pulak tu.”

3 comments:

  1. Memang macam tu lah jadi ibu. Kalau bab makan sukar nak kata 'tidak' pada anak2. Kalau nak masak di rumah pun mcm tu, tak tergamak nak masak makanan kegemaran anak2 jika mereka tak ada di rumah. Akhirnya kena tunggu semua orang ada barulah masak.

    ReplyDelete
  2. sesekali layan tekak kat luar
    hari lain mesti air tangan ibu ;)

    ReplyDelete