Friday, December 28, 2012

Dua masalah...

Tak tahu nak cakap macam mana... nak menangis, airmata tak mahu menitik... sebak rasa dada ni... hati pun ikut sama runsing... (macam berat je bunyi masalahnya...)

Kereta buat hal lagi... pagi tadi pergi pusat service... tengah-tengah memandu on the way to pusat service... lampu gear D berkelip-kelip (pernah jadi sekali dulu). Aku stop kejap tepi highway, matikan enjin dan start balik... ok boleh jalan tapi pergerakkannya tak lancar... ada macam jerking... Hati risau dan berdebar-debar takut tak sempat sampai ke pusat service. Alhamdulillah sempat dan selamat sampai... tengok berderet kereta menunggu giliran...

Lebih kurang 2 jam menunggu kerani kaunter pusat service panggil.... dia kata problem gear... tak boleh baiki... alternativenya.... tukar gear box baru.... harganya... kalau ambik alat ganti tulin RM20,000... kalau di kedai-kedai biasa antara RM15,000 - 16,000... waaaaaa! aku nak menjerit tak ada suara... nak menangis tiada airmata... apa pilihan yang aku ada?...

Dengan rasa sebaknya aku bawak balik kereta... singgah kat office kejap (hari ni tak kerja - cuti sampai tahun baru)... cerita dengan kawan-kawan... macam-macamlah fedback yang aku dapat... antaranya:

1. Cuba pergi workshop lain dulu... tengok dan pastikan betul yang gear boxnya rosak.
2. Check warranty, mana tahu masih dalam warranty.
3. Yang ni ramai yang syorkan, Tukar je Yang Baru...tak pa rugi 2/3 ribu dari berbelanja sampai RM15,000 - 20,000... oh tidak!

Aku talipon pusat service yang aku pergi masa kereta breakdown hari tu... dan ceritakan masalahnya... hmmm penerangan yang diberikan buat aku tenang sikit... dia minta aku bawa balik kereta tu ke tempat mereka dan check balik. Menurutnya:

1. Mungkin sensor gearnya tak di setting dengan betul.
2. Mungkin minyak gearnya tidak pernah ditukar.
3. Mungkin spark plugnya perlu ditukar.

Ada rasa lega sikit bila dengar penjelasan si penjawab panggilan tu tadi... dan aku janji akan datang minggu depan... Harap-harap bukan gear boxnya yang problem... mana aku nak cekau duit sebanyak itu... dahlah semalam dapat surat saman Hadlaju dari JPJ.

Mengadu dengan hubby, apa dia cakap.."memandu laju lagi..."

9 comments:

  1. Sabar ye Sweetie. Semua tu ujian untuk menguji ketabahan dan kesabaran kita. Insyaallah moga apa yg dijangkakan oleh petugas di pusat servis tu betul. Moga segalanya dipermudahkan.

    Orang lelaki memang macam tu tapi tak bermakna mereka tak risau. Kerisauan mereka tak ditunjukkan macam kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mengharapkan begitulah Sal... moga segalanya dipermudahkan dan kerosakannya tidak seperti yang diberitahu.

      Betul ke mcm tu... saya tengok suami saya cam serius je masa dia cakap tu.

      Delete
  2. alahai sian nye, tulah hubby akak selalu cek keta ikut yg di syorkan oleh ajen, setiap berapa kilometer tukar minyak itu ini utk mengelakkan berbelanja besar kalau rosak teruk, kdg2 akak rasa mcm membazir pun ada jugak sbb kejab2 service itu ini yg bukan sedikit, tpi alhamdulilah hingga kini tkde lah pulak ada masaalah apa2, akak ni tak pandai pun sebenarnya hanya pandai drive saja hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Noor, kereta saya pun tu sentiasa di service ikut jadualnya... dan saya service di ajennya juga...

      Kak Noor doa-doakan ya agar kerosakkannya bukan seteruk itu... plssssssssssss... saya syg amat kereta tu... dan nak pakai sampai pencen...

      Delete
  3. mak aiii...mahalnya nak tukar gear box baru..sup gear box jugak yang murah..hehehe..melawak ja noh sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai z@ck, bila balik dari NZ.

      Memang z@ck, selalunya gear box jarang rosak tapi kalau rosak reganya ribu riban. Sup gear box memang murah tapi kalau makan selalu bawa penyakit... pastu ribu riban juga keluar belanja nak mengubatinya... sama juga kan...kan..kan.. ha.

      Delete
  4. mslsh sgt bila keta buat hal
    penah merasa mcm mana takde keta selama 2 bulan
    huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Irfa.. macam tempang sebelah kaki.

      Delete
    2. Betul Irfa.. macam tempang sebelah kaki.

      Delete