Tuesday, January 15, 2013

Exam dan temujanji di London...

Anak-anak sedang menghadapi exam waktu ni. Ojet dah bermula awal iaitu pada Isnin minggu lepas dan last papernya hari Jumaat ni sementara abang pulak baru bermula semalam. Doaku agar keduanya cekal dan akan memperoleh keputusan yang baik. InsyaAllah! Berbual dengan Ojet di talipon... kedengaran suaranya ceria dan seronok bercerita tentang exam yang sedang dihadapinya... Nadanya penuh yakin... Aku pun seronok mendengarnya. Dalam pada itu sempat lagi dia bertanya, "mak dah tengok gambar abang!"

Habis saja exam... cuti semester... dan Selasa pagi 21hb Ojet akan sampai KL. Macam biasalah... aku akan ingatkan dia macam-macam... hati-hati... balik nanti berkawan... pegang barang baik-baik... terutamanya beg duit, laptop... jangan itu..jangan ini... haih macam-macam lagilah...yelah.. maunya tak risau... Bimbang memikirkan keselamatannya. Selagi tak nampak mukanya selagi itulah aku diburu kebimbangan. Dalam hatiku pun tak sabar nak jumpa dengannya... pun tak sabar nak bertemu dengan abang. Ada dua situasi di situ... menunggu Ojet dan bertemu dengan abang. Kiranya aku sedang membilang hari untuk berdating dengan anak-anak.

Gambar abang di Sheffield yang membuat aku teruja...

“Mak salji dah turun...”  Dalam sibuk-sibuk study untuk exam si abang sempat lagi menalipon dan hantar gambar... "Sejuk sangat... mak jangan lupa bawak baju tebal dan kasut yang bertutup."

Sebenarnya aku pun dah teruja ni... minggu depan 24hb aku akan terbang ke UK untuk bertemu dengan abang. Abang habis exam pada 24hb hari aku sampai... dan kami janji akan bertemu di London. Dari perbualan kami di talipon, abang beritahu dia tak sabar menanti kedatangan aku di London. Kami merancang untuk berjalan-jalan sekitar London sebelum sama-sama ke Sheffield, Manchester, Liverpool dan beberapa tempat lagi. Aku akan menghabiskan masa bersama abang di UK selama 20 hari.. dan abang janji nak belanja dan bawa aku makan di restoran yang selalu dikunjunginya di Sheffield.

11 comments:

  1. Amboiii nak ke London pulak ya kak...semoga segalanya dipermudahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan Yati... Tak sabar nak bergolek-golek atas salji tu... ha..ha..

      Delete
  2. assalam sweetie..selamat bercuti dan bertemu anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam.. hai Acik! berberapa minggu sudah saya tercari-cari jugak Acik.. rupa-rupanya blog bermasaalah ya... saya ingatkan Acik gi umrah! sungguh..!

      Delete
  3. Saya minta maaf kerana terdelete beberapa komen kawan-kawan dlm post ni... saya pun confius camna boleh terdelete... Maaf!

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum Sweety...
    Oh seronoknye!....disamping lepas rindu jumpa anak bolehlah bershopping sekali...
    So have a nice journey n enjoy your stay there!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Leez... segalanya bercampur baur dalam hati saya sekarang... ya saya harap perjalanan ini memberikan keseronokan.

      Delete
  5. Salam Sweety,

    I'm so jealous about your trip... (bukan jealous yang sakit hati tau ! jealous tumpang bahagia! hehehe..)

    my March trip dah tak jadi, my June trip pulak bermasalah sebab cuti sekolah cucu tak sama cutinya dengan my son... haish... yang tinggal ... cuti Raya la pulak. :-)

    all the best on your up-coming trip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok! I faham... kita sama2 ada anak nun jauh di UK sana... Takpa nanti I tolong hembuskan salam U kat ur son bila I sampai di Manchester... he..he..

      I pun sama... kerana tak tahan rindu ditambah pula dgn si abang tu asyik talipon tanya bila "mak nak dtg" tu yang buat I cekalkan hati pergi masa winter ni. Kalau plan nak pergi sama-sama ngan semua famili memang susah... ndak tak ndak my daughter kena tinggal sebab nak 'match' cuti semester dia ngan cuti I susah... Skrg ni dia cuti tp ada assigment pulak nak kena buat...

      Ok gak kalau pi musim raya tu... sesekali beraya di tempat orang bukan selalu... lagipun masa tu musim panas... mesti suasana lagi cantik... boleh joint mat saleh berjemur2 tgh panas.

      Ok! I harap2nya begitulah!

      Delete
  6. huhu..sebak baca
    rindu seorang anak kepada ibunya
    dan rindu seorang ibu pada anaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa mereka kecik2 dulu bila balik kerja dan sampai rumah mereka akan kejar dan terpa saya... sekarang bila balik... rumah sunyi je... Saya rindukan saat tu... skrg keduanya dah keluar dan tinggal jauh dari saya... Setiap saat saya rindukan mereka... lagi bercerita ttg mereka lagi saya rindu Irfa... Blog ni tempat saya melepaskan kerinduan pada keduanya...

      Delete