Tuesday, March 12, 2013

Tak datang tak tahu... Ada juga rupanya...


Hari itu memang tak tahu nak pergi mana. Masih pagi. Abang pulak dah pergi kuliah. Adik pun ajak pergi pasar. Katanya nak tengok buah-buahan dan gerai-gerai bunga. Aku ikut saja. Dari rumah abang kami jalan kaki saja. Sambil merayu-rayau mencari di mana letaknya pasar kami sempat juga ambil gambar apa saja yang menarik perhatian kami berdua.

Kami tanya pada beberapa orang dalam perjalanan kami dimana letaknya pasar. Kebanyakkan mereka sungguh baik hati dan peramah dan sedia menunjukkan arah menuju ke pasar. Ketika melalui gedung Marks & Spencer aku dihampiri seorang remaja (aku rasa dia masih remaja dalam lingkungan usia 18 tahun berdasarkan pada penampilan dan perwatakkannya). Cantik orangnya. Berambut panjang dan kerinting-kerinting sedikit hujungnya dan elok disisir rapi. Pakaiannya pun sama. Dia cakap anaknya baru meninggal tiga hari lepas dan dia tak ada duit untuk mengebumikan anaknya. Kalau boleh dia minta duit sikit dari aku. Aku terpinga-pinga. Adik terus cakap kami berdua tak ada duit. Minah tu tak banyak cerita terus pergi meninggalkan kami.

Adik cakap ada juga rupanya peminta sedekah di negeri omputih... cuma modus operandinya berbeza sikit. Bila kami cakap tak ada duit dia terus pergi dan hilang terus. Sebelum tu abang ada cerita, beberapa hari sebelum aku sampai di UK, dia keluar makan. Dalam perjalanan balik seorang lelaki mendekati abang dan cakap dompetnya hilang. Dia tak dapat balik ke rumah sebab tak ada duit tambang dan salji pulak tebal. Anak-anaknya pulak sedang menunggu di rumah. Abang bagi lelaki tu 5 pound. Sukalah lelaki tu siap peluk-peluk abang. Lepas tu dia terus berlari pergi. Aku cakap lelaki tu mesti pemabuk. Abang kata tak, sebab penampilannya nampak ok saja. Tapi selepas aku mengalami perkara yang hampir serupa, aku percaya lelaki itu juga penipu.

Aku ceritakan pasal perempuan tu pada abang. Abang cakap perempuan tu memang selalu ada di kawasan tu. Cuma kadang-kadang ceritanya saja berbeza. Itulah, tak datang tak tahu... ada juga rupanya peminta sedekah disebuah negara yang kita anggap maju. Yang berbeza pengemis di negara kita berpakaian selekeh dan compang camping dan kotor. Pengemis di UK, berpakaian cantik, kemas dan tak bawa tempurung. Mereka terus datang dan cakap nak duit sebab sekian-sekian.

8 comments:

  1. itu caranya nak dapat duit mudah
    entah2 mereka ada kerja tetap tp saja suka2 buat keje itu utk dapat duit mudah
    mencuba nasib..dapat ok,tak dapat cuba lagi ;)
    lagikan Tanah Suci pun ada peminta sedekah ye kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknyalah Irfa... Mereka tak berani duduk lama-lama dekat tepat tu dan minta pada semua org yang lalu lalang sebab kalau buat macam tu saya rasa mungkin pihak berkuasanya akan tangkap mereka.

      Kat Tanah Suci jgn nak ceritalah Irfa...Kan kalau bersedekah dapat pahala... memang saya rasa peminta sedekah ambik kesempatan dari pengunjung yg nak melakukan ibadat.

      Delete
  2. akak pun pernah kena jugak masa kat UK dulu Sweetie, tapi ni yg bertudung lagi, ingat orang negro yg muslim kot wallahuaklam, mmg akak tak kasi sbb anak2 dah warning diaorang ni mmg selalu cari orang bertudung utk jd sasaran diaorang, tapi ada kawasan jugak diaorang ni berani buat kerja ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang saya kena ni mat saleh kak Noor. Dan yang abang jumpa tu pun mat Saleh. Kalau di dengar dari loghatnya memang orang tempatan (org Inggeris. Kalau yang bertudung saya ada jumpa dua tiga orang di kawasan Queensway. Kawasan tu ramai org Arab, Pakistan dan India.

      Kadang2 kita pulak yg rasa malu ye kak Noor, bila org bertudung bagi salam dan minta sedekah... lebih2 lagi di negara omputih. Dahlah pandangan org barat ni pada org Islam teruk... ada pulak orang Islam yang dtg negara mereka dan buat perangai mcm tu... lagilah omputih pandang hina org Islam ni padahal bukan semua. Mungkin juga sipeminta sedekah tu bukan Islam tapi ambik kesempatan saja-saja pakai tudung.

      Delete
  3. I rasa lah...dimana2 pun sama...negara maju ke or tak maju...semua pun sama.
    Cuma yg tak sama tu hanyalah dinegara maju...pengemisnya maju sikit...penampilannya kemas n rapi kann!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh Leez, selepas saya melihat dan mengalaminya sendiri. Cuma di negara kita ni peminta sedekahnya terang-terangan menadah minta simpati. Kita org M'sia pulak tersangatlah bermurah hati... maka berlambak-lambaklah mereka ini di merata tempat. Kalau di KL ni kebanyakkannya tu orang dari negara luar... sindiket!

      Di UK macam kata Irfa, mereka saja-saja mengemis. Dapat.. dapatlah... tak dapat tak apa.

      Delete
  4. tak mustahil negara maju memang macam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah Etuza... cuma di negara kita kegiatan ni sukar di bendung. Lagipun rakyat M'sia ni kan pemurah! tu yang buat pengemis berlambak-lambak. Kita sendiri yang menggalakkan mereka mengemis.

      Kalau kat UK, saya perhatikan rakyat tempatannya tak layan para pengemis ni. Ada saya jumpa, yang duduk terjelepok di tengah2 pejalan kaki waktu saya berjalan2 di Queensway. Nampak mcm orang dari Timur Tengah... tapi tak ada siapa pun yang layan. Pakai tudung pulak tu... memalukan org Islam saja.

      Delete