Sunday, August 2, 2015

"Mak mesti suka..."

Bunga tiga bulan atau hydrangea di tepi pagar 
rumah jiran abang. Ada macam-macam warna dan 
besar-besar gugusannya.

Membayangkan dari M'sia lagi, cuaca di UK sekarang ini summer. Tentulah suam-suam panas. Dan bunga-bunga pasti berkembang segar. Tapi sebaik kaki jejak bumi UK ni aku rasa sejuk dan dingin jugak. Walaupun matahari terpancar terang. Suhu sekitar 17 darjah celcius. Menyesal pulak tak bawa baju panas.

Minggu pertama sampai di Sheffield, cuaca redup dan kadang-kadang hujan. Taklah lebat cuma hujan renyai-renyai tapi menambahkan lagi rasa sejuk. Buat aku rasa malas nak keluar rumah.

Di persekitaran rumah abang pokok-pokok bunga berbagai jenis segar berkembang dan lebat. Geram aku tengok. Lebih-lebih lagi bunga rose. Besar-besar. Dan setiap kali aku keluar rumah samada untuk ke kedai atau ke pasar raya aku akan bawa kamera. Dan leka mengambil gambar berbagai jenis bunga yang aku jumpa sepanjang jalan... dan berangan,.. kalaulah aku boleh bawa balik dan tanam dan buat taman Inggeris pulak di rumah.

Barisan rose pink yang merimbun. Sebaik saja 
melintasinya semerbak bau haruman rose.

Sehari selepas majlis konvo abang di universiti kami ke Bakewell. Walaupun aku pernah ke sana dua tahun dulu (link entry). Tapi masa tu winter. Cuma sejuk dan pokok-pokok tidak berdaun. Kali ni abang ajak aku ke Bakewell kerana katanya pemandangan lebih cantik. Bunga-bunga rose berkembang segar dan besar-besar. "Mak mesti suka!" katanya.

Betul macam abang cakap,.. geram sungguh tengok pokok-pokok rose berbagai warna... merah, kuning, putih, orange dan pink... dan aku suka cium keharumannya. Begitu juga rama-rama dan lebah madu bertebangan dan hinggap di kelopak-kelopaknya.

Aku duduk di bangku kayu yang di sediakan. Dibawah sinaran matahari yang langsung tidak terasa bahangnya. Khayal dan leka sejenak menikmati keindahan taman. Rasanya seperti tidak mahu meninggalkan tempat ini.

Kuning

Orange kemerah-merahan.

17 comments:

  1. spring and summer memang sangat indah dgn bunga2, cuaca pun OK, perasaan pun rasa riang je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nohas mesti boleh membayangkan sebab dah pernah merasa dan mengalaminya kan.

      Delete
  2. SUBHANALLAH SANGAT INDAH DAN MENDAMAIKAN SUASANANYA...GERAM TENGOK ROS YG CANTIK SEMUA TU...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar2 PI... sampai besar2 piring saya tgok kuntumannya.

      Delete
  3. indahnya bumi dgn bunga2...cuaca sesuai bunga pun ramah kembang berbunga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm kita emak2 ni mmg leka menengoknya Nieda... tapi budak2 muda mcm anak saya Ojet mcm tak kisah je saya tengok..

      Betul cuaca dan tanah kat sini warna hitam dan lembab, pokok2 bunga subur... dalam2 semak pun elok je berbunga... kalau kita jaga dan belai dlm pasu cantik2... berbaja bagai... pun payah nak hidup.

      Delete
  4. Kak zai suka holiday time macam ini walau summer tp tetap sejuk.

    Cantik bunga2nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kali kedua saya dtg ke UK kak Zai, yang pertama dulu dtg masa winter... sejuk dingin, Kali ni dtg summer, pun terasa sejuk jugak. Cumanya saya dapat tengok dua suasana yg berbeza... dulu dapat tgk snow... kali ni dpt tgk bunga2 berkembang..

      Delete
  5. Cantik kan bunga berbagsi warna berkembang harum...

    ReplyDelete
  6. cantik2 bunga nya..memang nampak segar bila dia berkembang macam tu..teringin nk tanam bunga roses pulak rasa..heheh..tapi saya ni bab tanam bunga memang tak pernah lulus..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita Diana, pokok2 bunga yang saya tanam di rumah tak pernahnya kekal lama... kalau ada pun, ibarat idup segan mati tak mau....

      Delete
  7. Subhanallah... memang cantik sungguh... seronoknya dpt tengok pemandangan macam ni hari2...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nora, tapi di negara kita kuntuman ros tak besar macam di negara 4 musim ni... mungkin cuaca dan tanahnya yang kering. Saya pernah tanam di rumah... kejap je, 'terleka' 2/3 hari tak bersiram, mati akhirnya.

      Delete
  8. penah nampak kat taman disana, bunga ros sebesar pinggan
    geram je nak petik, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayapun camtu gak Irfa... sabarkan je tangan ni... pasal takut kot jadi kesalahan pulak petik bunga tu...

      Delete