Monday, May 15, 2017

Tolong Macam Mana...

#misiturunkanberatbadan
#kisahjiran

Sedap rebus dan cicah dengan sambal. Ada juga 'gossip' 
aku dengar ia juga elok untuk orang yang berdiet.

Akhir-akhir ini aku suka beli lady finger. Buat rebus dan cicah dengan sambal belacan. Ojet pun suka kalau aku buat masak asam pedas bersama ikan pari. Tak banyak dalam dua tiga tangkai saja dah cukup. Sebab dia suka tulah bila ke pasar aku gemar membelinya. Sebelum ini memang aku tak pernah beli.

Tapi ada kemusykilan pulak pada aku. Tak tahu nak pilih... yang macam mana elok, lembut dan sedap di makan. Aku kalau beli sayur ni, main ambik je... dan selalulah dapat yang keras. Dan kadang-kadang ada rasa kelat. Seringkali aku nampak pembeli akan patah-patahkan hujungnya. Untuk apa ye.

Minta tolong my sweet friends blogger... Tolong ajar macam mana memilih sayur ni yang elok untuk di masak.

Sambal belacan yang di tumbuk secara manual... 
stok untuk seminggu.

(nota mak: my Ojet said pasal gossip boleh kurus tu... "memanglah kurus kalau makan sikit je... tapi kalau dah bercicah dengan sambal... dan bertambah-tambah dua tiga kali... tak boleh kurus jugak!.." hehehe... elok di cili je mulut dia tu kan...).

14 comments:

  1. patah2 kan hujung utk kita tahu bendi itu dah keras atau amsih muda.kalau keras tak sedap dah nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. So kita nak ambik yang mudah patah ke yang susah patah... masih tak paham lagi Nieda...

      Delete
  2. Ya lah sweety ,kalau pilih bendi ni kena patahkan hujung nya sikit.Kalau tidak terbeli yg keras dan tak boleh nk mkn nanti.Yg mudah patah tu lah yg kita patut beli.
    Anak2 saya yg 3 org tu suka sangat bendi celur cicah sambal belacan/asam cair...terutama si Iqa ,kalau dia balik pasti buatkan.Nasib baik saya ada tanam sepokok 2 pokok bendi ni.
    Betul juga kan kata ojet tu...dah tentu ada sambal belacan lagi lah kita berselera...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh fahamlah saya skrg.

      Betul Saniah, sedap buat celur dan cicah sambal. Nanti saya pun nak try tanam sepokok dalam pasu.

      Delete
  3. suami saya pandai pilih bendi katanya patahkan hujung tu kalau mudah patah tu lah yang dibeli sebab masih muda.

    memang sedap tu bendi dicicah sambal belacan, memang tak jadilah misi untuk kurus kalau makan berpinggan2 nasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha bestlah mama aryan dapat suami yang pandai ke pasar. Tak payah bersesak2 kepasar... tunggu je kat rumah.

      Tulah yg saya cakap sebelum ni... antara cabaran nak kurus... bila kita suka memasak dan suka makan. Mmg susahlah nak capai targetnya...

      Delete
  4. yeee sweetie, kena patahkan hujung nya , kalau boleh patah maknanya , bendi tue muda dan memang sesuai untuk masakan ')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cik Bunga... lepas ni takde masalah dah saya nak beli sayur ni. Dah tahu memilihnya.

      Delete
  5. xsusah nk tahu bendi segar pilih yg agak lembut n hujungnya mudah dipatah..kalau yg dh tua agak keras n dh xboleh dipatah ujungnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak PI atas panduan tu. Lepas ni takdelah terbeli yang tua dan kelat tu lagi.

      Delete
  6. oo..mcm tu gayanya..saya pun selalu pakai ambik je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah tahu macam mana nak pilih bendi... Terima kasih pada kengkawan blog kita tu.

      Delete
  7. Orang cakap, kalau mudah patahkan hujung tu maknanya masih segar dan sedap kalau masak terus... bendi ni masuk dalam asam pedas atau kari sedap!

    Betul cakap Ojet. Kalau dah berkali-kali menambah macam mana nak kurus... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah, semua dah cakap macam tu. Dah tahulah saya.

      Itulah antara cabaran utk kurus Nora... hehehhe.

      Delete