Tuesday, July 11, 2017

Bukanlah merajuk...

Ada seorang bekas rakan sepejabat aku dulu kata, konsep raya aku ala-ala retis (artis)... beraya di perantauan.

Yelah kan... 1 Syawal atau hari raya sudah semesti di tunggu oleh setiap orang. Masa inilah kita bertemu dan berkumpul adik beradik. Ziarah menziarahi dan kunjung mengunjung sanak saudara jauh dan dekat... tapi aku 'melarikan diri' jauh di perantauan.

Sebenarnya bukanlah membawa diri atau merajuk tapi ini sajalah masa yang ada dan peluang untuk membawa kakak aku berehat dari menjaga dan mengasuh anak adik lelaki aku seramai empat orang. Dan memenuhi keinginan kakak aku merasai suasana winter.

Menyambung dari entry terdahulu... berapa orang rakan blogger yang cuba meneka di mana aku berada sekarang mungkin tertunggu-tunggu akan jawapannya. Ok! baiklah. Kepada blogger A, B dan C sila beri alamat di email sweetie.

..........................................................

Pagi hari ke empat kami di Perth... birthday Ojet. Hari ini kami bercadang untuk ke Penguin Island. Sebelum keluar dan sambil menyanyikan lagu 'Happy Birthday' aku hulurkan hadiah untuknya.

Ini tahun ketiga birthday Ojet jatuh pada hari raya dan kali kedua di sambut di luar negara... Tapi itu bukanlah tujuan kami berkunjung ke Australia ini. Rancangan untuk berlibur di Australia telah lama diatur. Jadi kami memilih untuk datang bersempena dengan cuti Hari Raya. Seperti yang aku kata, menggambil kira cuti Ojet dan cuti kakak aku.


Jeti untuk ke penguin island di belakang.


Di belakang sebahagian rumah-rumah kediaman yang 
mengadap Lautan Hindi di Shoalwater.

Dari apartment yang kami sewa di Mountbay Road untuk ke Rockingham mengambil masa kira-kira 1 jam lebih untuk sampai. Lalu lintasnya lancar. Aku memandu melalui Mitchell Fwy dan Kwinana Fwy kemudian menyusur keluar ke Anketell Road.

Sepanjang perjalanan aku sudah memasang angan-angan... ingin menyaksikan penguin lebih dekat. Menyentuh dan bermain dengan dolphins yang berenang bebas di laut.

Kami sampai agak lewat di Rockingham Wild Encounters yang terletak di Shoalwater Island Marine Park. Dan kami terlepas feri pukul 10 pagi yang membawa pengunjung ke Penguin Island. Tiket untuk feri yang bergerak pukul 12 tengah hari pula cuma tinggal satu saja. Hampalah harapan aku untuk menyaksikan penguin secara dekat dan berenang bersama dolphins di lautan Hindi.

Bila aku cakap, frustlah tak dapat swim dengan dolphins, kakak aku kata, eloklah, mana tahu tengah-tengah main dengan dolphin, shark datang.

Sebelum meninggalkan Shoalwater aku dan Ojet berjalan-jalan di kawasan sekitarnya sambil mengabadikan kenangan di lensa kamera kami.

Kami tinggalkan Shoalwater lewat tengah hari dan Ojet mengajak aku ke Scarborough beach yang terletak kira-kira 1 jam perjalanan. 

(nota: Tekan huruf A, B dan C warna merah dalam para ke empat untuk mengetahui siapa yang mendapat fridge magnet dari Aussie. Jangan lupa emailkan alamat sekali untuk urusan penghantaran)

19 comments:

  1. Replies
    1. Kalau rasa2 betul emailkanlah alamat... Cer tekan huruf A, B dan C warna merah di para ke empat. Tahulah siapa berjaya mendapatkan fridge magnet dari Aussie.

      Delete
    2. ya , sweetie tq...dah bagi email

      Delete
    3. Bukan email tapi alamat Nieda.

      Delete
  2. Yalah cuti raya agak panjang kan ,prg bekerja pasti inilah masa yg terluang,elok juga utk pergi melancong....best lah Ojet birthday bulan syawal...yg lebih speacial birthday di luar negara.
    Ok sweetie saya dh antar email ...terimakasih sangat2.Sekadar mencuba nasib dgn bantuan Iqa .

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, tunggu saja ole-ole yang tak seberapa tu dari saya yer.

      Aah, tiga tahun berturut2 birthday Ojet jatuh pada bulan Syawal. 2015 dulu kami sambut sambil berkelah di westorn park, UK.

      Delete
  3. HAPPY BIRTHDAY OJET MOGA SWEETIE N FAMILI GEMBIRA DISANA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! selama di Aussie kami sihat-sihat dan njoy je kak PI. Terima kasih.

      Delete
  4. ooo..jauhnya beraya..baru nk baca entry2 lepas..
    Selamat hari raya, maaf zahir & batin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya nohas, jln2 makan angin dengan Ojet dan kakak saya.

      Selamat Hari Raya.

      Delete
  5. Seronok gak sebenarnya sesekali beraya di perantauan..hehe..merasa suasana oversea.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada apa pun, malah tak rasa suasana raya tu. Cuma masa makan2 di Fremantle market, tauke cafe org Singapore... so masa duduk makan di situ dia pasanglah lagu raya nyanyian siti nurhaliza.

      Delete
  6. Assalam..kak sweetie, saya dah emel, terima kasih ya, lambat respon maaf ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. w/salam mama aryan. Terima kasih... takpa lambat... janji bagi address. Tunggu jerlah yer.

      Delete
  7. ammvoiii sonoknyer jalan jalan aussie tu mkcik sweet ., hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer Wak tiga lalat... mengambil peluang sempena cuti raya yg panjang ni.

      Delete
  8. Replies
    1. Alhamdulillah saya sihat, terima kasih cik Bunga.

      Delete