Wednesday, August 23, 2017

Jangan lupa bawa sos...


Baki sos cili dan mayonis yang masih banyak lagi ini 
aku berikan kepada satu keluarga Malaysia dari Kelantan yang 
duduk makan di meja sebelah. 

Kenangan ketika makan di restoran makanan segera dan cafe di UK masih berbekas. Setiap kali minta sos lebih mesti kena bayar. Kita pulak jenis yang kalau makan makanan yang bergoreng mesti nak regukan dengan sos... tak kira sos cili ke atau sos tomato. Tak ada sos tak 'kick'.

Mengenangkan itu, ketika keluar makan fish n chips di Cicerello's, Fremantle... aku bawa sendiri sebotol kecil sos cili dan mayonis.


London Court yang terletak di Hay Street, tengah 
bandar Perth. Pukul tujuh malam dah sunyi.

Sehari sebelum ke Fremantle, aku dengan Ojet keluar ke sebuah pasaraya yang terletak berhampiran London Court di Hay Street. Kami berdua jalan kaki saja dari apartment tempat tinggal kami. Bandar Perth di waktu malam agak sunyi dan lengang.

Cuaca sejuk tapi musim sejuk di Perth tidaklah sesejuk musim dingin di UK yang boleh mencecah negatif  lima. Musim sejuk di Perth ketika ini sekitar 7 hingga 11 darjah celcius. Semakin jauh ke utara suhunya naik ke 15 darjah celcius.

Selain dari membeli sedikit barang makanan untuk sarapan pagi dan bekal-bekalan untuk di bawa berjalan Ojet ingatkan aku juga supaya membeli sos cili dan mayonis.

Bagi aku berjalan dan membeli barang keperluan dalam pasaraya di Perth tidak seseronok seperti di UK. Barang keperluan dan makanan agak mahal berbanding di UK, di mana sayur-sayuran dan buah-buahan boleh didapati dengan harga satu pound. Begitu juga coklat, susu, gula dan minyak masak.

Oleh sebab itu aku tidak memasak di apartment sepanjang berada di sini. Lebih jimat dan murah membeli makanan yang telah siap dimasak atau makan di cafe saja.


Hanya sepeket saja sos yang diberikan untuk setiap 
satu pinggan kertas. Kalau minta lebih kena bayar.



Black Coffee for my sister. Comel sangat 
cawannya. Tak puas minum.

(nota sweetie: perbandingan harga bukan dalam ringgit tapi mengikut nilai matawang tempatan itu sendiri dengan berapa banyak barang yang dapat dibeli)

16 comments:

  1. kena bawa pitih lebih kalau ke negara mata wang kita rendah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jugak Nieda... Matawang paling tinggi skrg pound... kalau pergi UK bawak RM2000 pun cukup dah.

      Delete
  2. betul tuh sweetie...i dulu x puas makan kat cicerellos sbb sos x cukup...kena beli baru seda tekak menelan hehehehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat obersi... negara omputihlah... sos kira harga lain kan... kalau kat M'sia free je.. minta dan ambiklah banyak mana ndak. Itu yg bagusnya.

      Delete
  3. kita ni klu mkn mcm tu...sos nk lebih. depa x mkn pedas kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg dorang tak makan pedas, cili sos yang saya bawak tu pun tak pedas sebenarnya... tpi kalau makan makanan yg bergoreng kita dah biasa makan dengan sos... baru sedap. Kat obersi... makan burger pun mana ada dorang letak sos.

      Delete
  4. saya selalu bawa sos peket mcD & KFC..fish & chips makan dgn sos cili..baru ada 'kick'..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lupa nak bawak sos peket McD dan kepsi tu... kat rumah banyak simpan. Lagipun takut jugak nak bawak, sebab Aussie ni ketat sikit pemeriksaan imigresennya. Bukan setakat kita lalu bawah pintu pengimbas tu tapi kena beratur dan anjing pengesan siap hidu2 lagi. Termasuk luggage kita. Dorang dah senarai barang2 yang tak boleh bawak masuk negara dorang termasuk bawang. Dahsyat!

      Delete
  5. Susah juga nk masuk Australia kalau tak patuhi peraturannya...nk bawa makanan kita dll kalau dihidu anjing pemeriksaan hissh mmg xberkenan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak PI. Dah tak lalu dah nak makan makanan tu... mmg buanglah kalau saya.

      Delete
  6. last time pegi Fremantle tu tibai jugakla bayar extra nak sos punya pasal. hehehe pejam mata jela kalo tak takleh telan hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti, saya masa masih panas2 tu boleh laju je... tp bila dah sejuk tu kena tlg dgn sos...

      Delete
  7. huurm pukul 7 tu macam da pkul 11 hehe.. kena jalan ramai2 ni berdua at least. takuit sorang2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sunyi tp ok! Selamat... cuma London Court ni kena pastikan masih ada orang sebab takut sampai hujung gate tu dah di tutup dan dikunci. Tak lepas keluar nanti.

      Delete
  8. Betul lah sos mmg penting bila makan kat oversea..kalau tak rasa tawar je. Dahla balik2 makan benda yang sama je kan. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Lebih2 lagi negara omputih... berkeju dan lemak je...buat kita cepat rasa muak...

      Delete