Tuesday, August 8, 2017

Mencari barang idaman...


Merayau-rayau di Watertown Brand Outlet pada hari pertama
sampai Perth. Tapi tidak ada satu apapun yang menarik minat aku.

Membeli belah bukanlah kegemaran aku. Beberapa kali ke luar negara aku jarang menghabiskan duit untuk bershopping. Paling tidak aku cuma beli fridge magnet untuk menambah koleksi yang ada. Dan sedikit souviner untuk adik beradik serta rakan-rakan.

Aku suka menikmati keindahan alam semulajadi di negara empat musim. Aku suka memerhatikan kebersihan bandar dan sikap berdisiplin penduduk negara yang aku lawati.

Tapi travel kali ini berbeza. Dari awal lagi aku sudah berhasrat untuk membeli sesuatu. Sesuatu yang boleh dijadikan kenangan dengan wang collection rakan-rakan sekerja sempena persaraan aku setahun lalu. Lama juga aku simpan dan memikirkan apa yang ingin aku buat dengan duit itu.


Mencari barang yang di hajati di sini. Tengok tu 
kakak aku dah jalan dulu ke depan.

Kerana terlalu teruja... sampai saja di Perth... dan setelah ambil kunci, aku terus pandu kereta yang disewa menuju ke Belmont. Kawasan di mana terdapatnya sebuah supermaket terbesar gabungan dari tiga buah supermarket. Tapi oleh sebab pagi sangat kedai-kedai di situ belum pun pun dibuka lagi.

Selepas tidur sekejap di apartment yang di sewa, aku bertiga keluar ke Watertown Brand Outlet yang terletak di Wellington St. untuk makan tengahari dan temankan kakak aku membeli pakaian. 

Bukan main lagi kakak aku... ke luar negara tak bawa pakaian secukupnya. Rupanya dia dah merancang nak beli dan pakai. Masa datang beg dia paling ringan... bila balik bertambah dan padat isinya. Kami adik beradik selalu mengusik dia, "along dan supermarket tidak dapat di pisahkan, masuk supermaket hilang.... bila jumpa balik di tangan penuh barang."


Murahnya.. $59 dolar untuk enam belas keping... dan gambar 
di sebelah kanan harganya di Malaysia meningkat lapan kali ganda menjadi 
RM499. Patutlah surirumah kalau ke Australia cari brand ni.



Minyak wangi murah di Chemist Warehouse. Semua branded
Seronok dan aku tenggelam sekejap dalam haruman.



E-SHED Markets... membeli souviner untuk adik beradik 
dan rakan-rakan juga untuk diri sendiri di sini.



Fremantle Markets... aku ralit melihat barang-barang jualan di sini.
Hampir 'terbeli' pisau pemotong sayur... tapi Ojet menahan.

17 comments:

  1. Seronok baca cerita Sweetie pi jalan2 & shopping.. Set Corelle sana memang murah Sweetie tapi satu hal pulak nak bawa balik Malaysia.. Berat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya angkat sekotak taklah rasa berat sangat. Boleh handcary je LZ. Dlm flight saya tengok ramai yang handcary sampai dua kotak sorang.

      Delete
  2. murahlahkan berbanding disini..kalau saya pun benda macam itulah yang saya cari dan beli agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya sini entri tentang sweetie

      https://aryanazra.blogspot.my/2017/08/terima-kasih-sweetie.html

      Delete
    2. Kann mama aryan kan...

      saya dah baca n3 tu... malu kita buat review pulak. Sama-sama kasih.

      Delete
  3. bestnya dapat membeli corelle murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn... kat Langkawi pun tak dapat rege tu.

      Delete
  4. alahai sweetie..bila la agaknya akak dapt kesana hehe..geram tgk barang murah2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Kamsiah, ni dah tau nanti bila ke Australia akak bawa duit lebih. Jgn bawak baju banyak sgt, buat stail kakak saya tu, bawak beg kosong.. beli dan pakai.

      Kalau anak perempuan mesti suka bila bawak masuk Chemist Werehouse tu. Minyak wangi yang mahal2 cam elizabeth arden, Lancome semua tu rege dia paling tinggi $30 utk 350ml. Tapi kedai dlm Belmont tu mahal jugak... pergi yg dekat Fremantle.

      Delete
  5. Seronoknya dapat membeli belah dengan harga murah.Patutlah kakak sweetie teruja beli pakaian di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minyak wangi, pakaian, pinggan mangkuk dan peralatan letrik murah2 kat sini Saniah. Bukan tu je, kereta pun murah. Nanti kita citer kat lain n3. Mesti Saniah terkejut.

      Delete
  6. my mom pun teruja p Watertown. dia bukan suka shopping tapi kemain. hahaha.. sakan semua. wajib borong itu Corelle =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Your mom boleh geng dengan my sista...heheh

      Time saya masuk Big W supermaket tu atas rak2 corelle sume dah habis diborong pelancong M'sia. Yang tinggal tu yang takde corak... putih polos je.

      Delete
  7. Bestnya dpt travel dgn adik beradik mcm ni. Hihi...org pompuan dgn soping mana boleh dipisahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, taksah travel kalau tak soping.

      Mmg selalunya saya kalau melancong dgn ahli keluarga je.

      Delete
  8. Mcm membeli belah di m'sia jer sweetie..
    Dah tahu mana tempat yg hendak di tuju..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum datang tu dah buat reserch dulu tentang Perth ni Yatie... hehhe.

      Delete