Tuesday, August 8, 2017

Tak hengat donia aku menjerit...

Aku pernah menonton satu rancangan dokumentari mengenai kanggaro dalam National Geographic. Tak ingat bila tapi dalam rancangan itu ditunjukkan dua ekor kanggaro merah 'bertumbuk' dan menendang serta mengigit antara satu sama lain. 

Kangaroo ditemui di Australia Timur... ia merupakan salah satu tarikan pelancong untuk ke negara itu. Kanggaro hidup dalam kumpulan kecil yang dipanggil tentera atau 'pengganas' oleh orang Australia. 

Saiz kanggaro merah dewasa yang hidup liar di gurun pasir Australia boleh mencapai ketinggian sama dengan lelaki dewasa. Dengan kaki belakangnya ia boleh melompat sejauh 9 meter dengan kelajuan 56km/j. Wow lajunya.

Untuk 'bertemu' dengan kanggaro merah liar tentulah mustahil. Dan apabila berkunjung ke Perth, salah satu tempat yang mesti di lawati untuk melihat kanggaro lebih dekat tentulah di Caversham Wildlife Park. Tapi kanggaro yang terdapat di Caversham kecil-kecil. Saiznya sama besar kambing dewasa saja.

Waktu masih pagi benar ketika aku sampai di Caversham. Dan tak tahu pula binatang ini agak agresif waktu itu. Bila ia menerpa cuba memanjat dan menghidu muka aku, aku cuma nampak kukunya yang tajam di lengan baju aku. Teringatkan dokumentari itulah apabila aku 'dipeluk' kanggaro ketika di Caversham 'tak hengat donia' aku menjerit ketakutan.

Bila aku talipon cerita pengalaman aku dipeluk kanggaro pada adik aku dia ketawa terbahak-bahak dan mengingatkan aku supaya berhati-hati. Antara sifat kanggaro kata ipar aku si Daryl ialah, binatang itu sukakan perempuan serta bau yang harum juga memiliki sifat cemburu yang kuat. Dan anak saudara my hubby pun cakap, kanggaro yang peluk aku itu kanggaro jantan... makkkkkk! 

Apabila aku menjerit ketakutan ia merenung aku. Waktu itu cuma aku bertiga dan sepasang suami isteri juga dari Malaysia yang berada di tempat itu. Yang herannya kenapa aku 'jadi mangsa'... hahahha. Mungkin ia tertarik dengan bau minyak wangi yang aku pakai.


Satu alam terdengar jeritan aku ketakutan waktu ini. Kejadian 
ini sempat di rakam oleh Ojet.



Lari ketakutan... Aku cuma jalan cepat-cepat sebab takut 
kalau berlari binatang ini lagi agresif dan melompat-lompat mengejar aku.



Bila dah reda dan rasa berani baru aku masuk semula ke dalam 
kandang dan mendekati mereka. Dan masing-masing berkerumun dekat aku.
Agaknya pada pandangan mereka mak ni lawa kot... hahahah.

22 comments:

  1. mesti sebab lawa dan berbau harum itu yang menraik minat kangaroo untuk mendekati tu, haishh kalau saya pun harus menjerit serata alam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawa kat mata dia la... hehhehe... kalau mama aryan ada time tu mesti ingat saya kena histeria gamaknya... takuttt.

      Delete
  2. Replies
    1. Saya rasa pun mcm tu jugak cik Bunga.

      Delete
  3. Ha, nilah yang saya nak baca, pengalaman bertemu kanggaro, almaklom tak pernah lagi jumpa kanggaro. Kena pi ostolia baru bole jmp kanggaro.
    Oo gitew ek, pelik kejadian binatang ni, bole hidu bau wangi kan, agaknya binatang lain ada tak kelebihan mcm ni. Tu tengok tu, nampak jinak kemain berkerumun nak apalah tu agaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye tu... kena pi ostolia... tpi ingat tau Nor... jangan wangi2 dan melaram sgt kalau pi menjenguk kanggaro... hehhehe

      Mmg jinak, depa kerumun tu sebab nak makan.

      Delete
  4. HEH..HEH..SWEETIE LAWA SGTLH TU SBBTU KANGGAROO PUN BERKENAN...TAPI RISAU JUGA DIPELUK KANGGAROO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawa? hhehhehe... sib baik mereka tak itu ikut balik...hehehhe.

      Delete
  5. Wangian tu lah yang menarik perhatian agaknya sweetie...wow kanggaro meminati sweetie semua kerumun....betul lh lawa kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kanggaro minat dgn saya... dia tak tahu, kalau saya lapar saya boleh sembelih dia... hehheh.

      Delete
  6. mak ni ada tarikan utk kanggaro ni. dah macam YB di kalangan kanggaro dah, bila datang terus dikerumun kanggaro. hihihi. binatang ni tak pergi kat semua orang tau mak. special.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oklah tu jadi YB kanggaro hehehhe... Yelah, saya baca sifat2 kanggaro ni kalau dia sukakan seseorang dia cemburu kalau ada lelaki lain mendekati org yg dia suka tu. Wallahualam.

      Delete
  7. Wahhh seronok tengok kena kerumun macam tu...macam jinak je sekor sekor tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg jinak nini tp 'kemesraan' tu menakutkan saya... hehehe.

      Delete
  8. mak lawa dan bergaya ..wangi pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tersedak saya nieda.. hehehe.

      Delete
  9. Tu la, sapa suruhcantik sangat...kan??hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah... dah nak buat mcm mana... tp kanggaroo jer lah yg nampak cantiknya tu... hehehe

      Delete
  10. Mmg patut pun kangaroo tu peluk..aunty sweetie cantik dan wangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... saya rasa kalau nekcik yg kena mau melatah dan meloncat2 mcm kanggaro... hehehe... binatang ni ada perasaan pada perempuan.. btul ipar saya cakap

      Delete
  11. mngkin kangaroo tu pun terperanjat jg..hihi..bestnya dpt tengok live..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu je saya terlupa nohas, nak rasa daging kanggaro.

      Delete