Sunday, August 13, 2017

Teruja cakap Melayu...


Pintu masuk ke Whiteman Park di Beechboro Rd N.



Taman Hidupan Liar Coversham ini terletak dalam 
kawasan Whiteman Park. 

Antara tarikan pelancong di Perth ialah Coversham Wildlife Park yang terletak dalam taman Whiteman. Kalau nak tengok dan mendekati kanggaro di sinilah tempatnya. Juga mempamerkan koleksi hidupan liar Australia lainnya seperti wombat, penguin, koala, walabi, quokka dan banyak lagi.

Whiteman Park ini luas dan kalau memandu sendiri tak susah untuk mencari tempat meletakkan kenderaan. Kalau naik bas pula ambil bas nombor 955 dan 956 dari Stesen Bassendean ke Ellenbrook dan turun di pintu masuk Whiteman Park, di Lord Street.

Kemudian hubungi pihak Caversham dan mereka akan datang mengambil kita di pintu masuk Whiteman Park.

Taman ini di bahagikan kepada beberapa bahagian... tapi dalam masa tiga jam cukuplah untuk kita berpeluang bermain dan memberi makan dan menyaksikan pertunjukkan haiwan yang di pelihara di sini.

Ada beberapa jenis haiwan yang di pelihara di sini jinak dan menurut pekerjanya, kalau mereka sukakan kita dia akan datang menghampiri kita dan minta dipeluk. Antaranya llama. Tapi hati-hati, dengan llama... kalau tak suka dia akan ludah kita balik. Jahat jugak kan...

Di buka seawal jam 9 pagi... rasanya aku bertiga antara orang yang terawal sampai. Kakak aku paling teruja sebab nak tengok kanggaro dan koala.

Melihatkan aku bertiga berdiri di hadapan pintu masuk dan bersedia untuk memotretkan kenangan di situ seorang pekerja lelaki di Coversham ini keluar dan menyapa kami dalam bahasa Melayu. Dia nampak begitu teruja dan menawarkan khidmat untuk tolong mengambilkan gambar kami bertiga.

Ceritanya, dia pernah tinggal di Malaysia beberapa tahun dulu. Selain dari lelaki itu ada beberapa orang lagi pekerja di Caversham ini begitu seronok dan teruja nak bercakap dalam bahasa Melayu apabila bertemu dengan pelancong dari Malaysia.


Tarikan untuk pelancong dan pengunjung dari Malaysia sampai ada 
nota pemberitahuan yang di tulis dalam bahasa Melayu di pintu masuk.



Nasi dan kari ayam yang di jual di cafe Coversham Wildlife 
Park. Sedap dan menurut pelayan di cafe, kari ayam yang di jual disini 
kari ayam citarasa Malaysia. Halal dan memang kaw. 

Masa aku bertiga makan salah sorang pekerja cafe datang 
dan tanya dalam bahasa Melayu "macam mana rasanya sedap?" kakak 
aku jawab "sedap! Bukan main suka lagi dia.


(nota sweetie: Barangkali dah ramai sangat pelancong dari Malaysia yang datang ke sini itu yang buat beberapa pekerja di taman ini pandai berbahasa Melayu sikit-sikit. Taman ini juga menyediakan kemudahan wifi percuma di seluruh kawasan sekitarnya.)

24 comments:

  1. wah bestnya bila ada yang boleh berbahasa melayu dan nota dengan bahasa melayu tu benar2 mengujakanlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn... walaupun lintang pukang sikit ayatnya tapi kita rasa seronok jugak.

      Bahasa Melayu mereka taklah fasih sangat... tpi bolehlah.

      Delete
  2. maknanya org malaysia ramai ke situ..org malaysia ramai org yg mampu melancong ke luar negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang menetap dan tinggal di situ pun ramai Nieda.

      Delete
  3. SERONOK KALAU KITA DENGAN BAHASA KITA WALAU DITEMPAT ORG TERASA DIHARGAI KAN SWEETIE

    ReplyDelete
  4. Hi sweetie..baru ksli ni berkesempstan singgah blog sweetie ni..sbb slalu nsmpak gambar dlm insta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh iyeke nekcik... singgahlah.. selalupun tak pe.. hehe. Tp tengok jerlah 'hidangan' apa yg ada kat 'umah'saya ni... hehehe.

      Insta nekcik nama apa?

      Delete
  5. haiwan2 eksotik Australia..cute2..bila dgr bangsa asing ckp melayu di oversea mmg teruja hbs..rasa merdu je di telinga..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg teruja dan saya pun terus nak cakap Melayu... Tak selesa speaking omputih...heheh

      Delete
  6. Replies
    1. Bestkan... dapat cakap2 bahasa Melayu jugak di tempat asing.

      Delete
  7. skrg ni kalo nk tgk kangaroo kat singapore zoo pon ade., hehe2

    sure ke dorg ckp melayu, bukan ckp bahsa indon ya buk? hahar2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgk kat zoo Singapore tak best... dia mesti tgk kat negara asalnya baru best.

      Mereka cakap Melayu slanga M'sia wak. Walau pun tak begitu fasih. Tak nampak notis bahasa Melayu nye tu... bahasa M'sia kan... bukan bahasa Melayu Indon.

      Delete
  8. Bangganya bahasa melayu kita terkenal juga di sana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang paling 'syok' dengar bila ada salah sorang dari mereka cakap dulu dia pernah tinggal di KL.

      Delete
  9. hehehe bagus juga marketing depa ni letak bahasa melayu skali. memang lagi ramai orang melayu pi..

    ps : CT masukkan blog ni dalam bloglist CT =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn... pastu depa belajar sikit2 bahasa Melayu... Yang berbual dgn saya tu kata dia pernah tinggal di Ampang KL...

      Tq Siti...

      Delete
  10. wah macam layanan special utk orang2 Malaysia je.

    ReplyDelete
  11. Seronoknya bercuti dekat sana. teringin nak pergi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bercuti dan berjalan ditempat yg kita suka mesti menyeronokkan.

      Delete
  12. Pandai diaorg mengambil hati pelancong Malaysia ye Sweetie. Baguslah effort diaorang tu. Buatkan org Malaysia tak asing dibumi org gitu...
    Gitu punya perangai Ilama....ngeri pulak nak selpie dgn dia ah hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah!sampaikan toiletnya pun sediakan paip dan getah paip tu utk senang nak cebok. Tandas kat luar negara selalunya sediakan tisu tandas je.

      Delete