Monday, August 21, 2017

Yang kita semua tak tahu, mungkin...

Kata orang jangan jadi pelancong tapi jadilah pengembara apabila berkunjung ke sesuatu tempat. Dengan cara begini secara tak langsung barulah kita temui banyak perkara tentang tempat yang kita lawati.


First time mengisi minyak kereta ketika dalam perjalanan ke Pinnacles.

Walaupun tak lama... dan berpeluang memandu sendiri di Perth... serta 'merayau' ke beberapa tempat yang mungkin tidak akan di bawa kalau bersama tourist guide. Bagai dikata, 'suka hati akulah nak merayau ke mana'... lebih kurang begitulah.

Kerana memandu sendiri itulah, baru aku tahu style mengisi minyak kereta di petrol pam. Isi dulu baru bayar. Dalam hati aku kalau di laksanakan di Malaysia, mau banyak petrol pam 'tutup kedai'.

Aku mulanya teragak-agak juga sebab bila berhenti di mesin terus pam minyak masuk ke tangki kereta. Dan tak ada sesiapa pun yang monitor kita di situ. Orang kata kalau nak cabut lari boleh saja.

Harga petrol di Perth berlainan pada setiap hari. Dari hari Isnin sampai Ahad masing-masing ada diskaunnya. Dan 'seeloknya' kalau nak isi minyak kereta di Perth, isilah pada hari Isnin kerana pada setiap hari Isnin minyak petrol dijual dengan harga 98 sen seliter. Paling murah berbanding dengan hari-hari lain.

Dan ada pula apabila kita berbelanja di supermarket dengan jumlah harga yang di tetapkan, kita akan dapat vaucer mengisi minyak percuma di stesen minyak.

Dan yang paling memeranjatkan aku, harga kereta di sana. Bak kata seorang penduduk di Perth, kereta bukan lambang kekayaan atau menunjukkan orang yang memilikinya banyak duit. Percaya atau tidak, harga sebuah kereta Honda Odyssey baru di Perth ialah RM6000 sahaja.

Barangkali kerana harga kereta yang begitu murah, di sini tidak ada pusat menjual kereta terpakai. Sebaliknya apabila mereka tidak lagi memerlukan atau mahu membeli yang baru, pemilik kenderaan tersebut akan mengiklankan dalam satu laman web khas khusus memberitahu... jika sesiapa yang menginginkan kenderaan tersebut boleh datang mengambilnya sendiri dari pemilik asalnya tanpa apa-apa bayaran.

Kerajaan Australia pula tidak mengenakan cukai jalan pada pemilik kenderaan... sebaliknya pemandu kenderaan yang berumur bawah 24 tahun harus membayar polisi insuran yang tinggi sedikit.

(nota sweetie: Ini baru harga petrol dan kereta. Malah harga rumah di sini juga sungguh di luar jangkaan dan sukar di percayai.)

16 comments:

  1. patutla ramai org migrat ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerlah kan... saya tgk tenang je tak sesak.

      Delete
  2. murahnya harga kereta, petrol pun murah tu..bila nak dapat petrol harga macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bermimpilah kita nak dapat harga petrol mcm tu mama aryan.

      Delete
  3. awatlah Malaysia tak jadi lagu tu ???
    pasti hidup bahagia selalu ;)jom dok sane ;) !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom2 kita pindah duk sana... tp saya kalau di beri pilihan saya nak duduk di UK cik bunga. Australia walaupun 4 musim tp still panas.😆😆

      Delete
  4. JAUH PERJALANAN BNYK TAHU AMALAN BAIK AUSTRALIA PATUT DICONTOHI NEGARA KITA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak PI, tp masalahnya 'mampukah' orng M'sia mencontohinya.

      Delete
  5. murah giler minyak...esok minyak naik lagi..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penduduk Perth lebih suka naik pengangkutan awam. Lagipun bas2 dlm bandar semua free. Saya dapat tahu, kalau bas2 dari luar bandar masuk bandar Perth, kalau orang naik outomatik jadi free.

      Delete
  6. Murah sangat kereta dan minyak mereka kan....Kalau sweetie tak cerita kan pengalaman ni memang tak tau pun kereta mereka serendah 6000.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun terkejut bila dapat tahu... Walaupun harga kereta dan minyak murah kat sana, tapi penduduknya saya tengok lebih suka naik pengangkutan awam. Bandarnya pun tak sesak dgn kenderaan.

      Delete
  7. kereta terpakai boleh ambik free je..bestnya..semuanya bergantung kpd kerajaan..depa jaga kebajikan rakyat mcm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kereta je, perabut dan barang2 letrik pun sama... bila tak diperlukan mereka akan letakkan di satu tempat, sapa ndak ambik je.

      Delete
  8. kalo kat Malaysia practice macam ni memanggg smeinggu je stesen tu beroperasi. tu pun untung sminggu. tah2 sehari dua hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Siti... Kalau dilaksanakan kat M'sia mmg tauke tutup kedai... Jgn plak nanti ada pelancong M'sia buat hal kat sana... isi minyak pastu cabut lari... dahla baru2 ni kecoh pasal pelancong M'sia buat hal kat Jepun.

      Delete