Monday, September 4, 2017

Carrot Walnut Muffins...

Lupakan sebentar kisah Aussie. Ntah kenapa dua tiga hari ini keinginan nak makan kek tu bagaikan tak dapat di tahan-tahan. Lepas satu... demi satu kek yang aku buat. 

Kek-kek simple dan mudah saja. Tak banyak step dan bahan yang di gunakan. Mula-mula aku buat kek butter biasa. Lepas itu buat pula muffin carrot dan kemudian aku buat kek buah. 


Komen my daughter Ojet... sedap!. Tapi lebih sedap 
kalau ditopping dengan cream cheese di atasnya.


Kismis, walnut, lobak merah yang dah diparut, 
serbuk kayu manis, serbuk penaik dan minyak.


Bahan A:
3 biji telur gred A
150 gm gula kastor
200 ml minyak masak (aku guna
minyak bunga matahari)
esen vanila

Bahan B:
250 gm tepung beserbuk penaik
2 sudu besar susu tepung
2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil serbuk kayu manis
(semua bahan-bahan ini diayak bersama)

Bahan C:
200 gm lobak merah di parut
50 gm kismis
100 gm walnut dipanggang dan di cincang


Siap untuk di bakar.


Cara-cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celcius.

2. Pukul telur, gula dan minyak hingga sebati. Tambahkan esen vanila.

3. Masukkan bahan-bahan yang telah di ayak, lobak merah, walnut dan kacau dengan kaedah kaup balik hingga rata.

4. Sediakan cawan kertas dan sudukan adunan sehingga 80 peratus penuh.

5. Bakar selama kira-kira 25 minit atau sehingga masak.


Komen ipar aku Daryl.. tambahkan lebih sikit walnut..

10 comments:

  1. sedap tu, ye lah kalau diletak topping lagi sedap dan menarik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dan nak buh topping mama aryan. Deria rasa tu bagaikan tak sabar2 nak menyantap kek2 tu sebaik keluar dari oven.

      Delete
  2. SEDAPNYA MUFFIN CARROT...ADA MASA NANTI KAK NK ODER KAT SWEETIE

    ReplyDelete
  3. gambar last tu..perghh...fresh from the oven..sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya nohas... baunya pun dah cukup menggamit selera... sedap makan panas2 dgn rasa lemak2 carrot, walnut dan sedikit kismis.

      Delete
  4. Betul sweetie kalau tambah walnut pasti lagi,lagi sedap.
    Terima kasih kongsi resepi...simpan dulu buat nya ntah bila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walnut tu asalnya banyak. Tp lepas dipanggang ia mengeluarkan bau yg sgt harum membuatkan saya mengambilnya separuh utk dimakan begitu saja.😅

      Delete
  5. Sama la kita sweetie..selera nak mkn kek je sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ala2 jadi tekak western 😆😅😃 kot kita ni. Betul acik.. mcm mengidam pun ada.

      Delete