Tuesday, September 12, 2017

Tak Perlu Mengukus Lagi...

Kek buah ini favorite arwah abah aku dulu. Masih teringat lagi bila dia teringin nak makan... arwah abah akan pergi beli bahan-bahannya. Dan dia akan letakkan semua bahan atas meja dapur dan pesan dengan arwah mak minta aku buatkan. Waktu itu aku cuma tahu buat kek buah yang dikukus.

Kini tak perlu lagi mengukus. Aku dah jumpa resipi kek buah versi bakar. Kalau sebelum ini terpaksa mengukus sehingga empat jam sekarang tak perlu lagi. Hanya 45 minit saja masa yang diperlukan untuk menunggu kek ini masak.

Resipi kek buah versi bakar ini aku selongkar dan lemari resipi Inahar's. Rupanya Ina pun ambil resipi ini dari dapur Azie. 

Melihatkan resipinya simple dan cara mengadunnya pun mudah aku buka kabinet dapur dan kebetulan semua bahan-bahan yang di perlukan ada. Dari terbiar rosak baik aku try resepi dari blog Ina dan Azie ini. Walaupun tidak di kukus seperti biasanya, ia tetap moist .


Kek Buah-Buahan Campuran
(Sumber resipi dari blog: INAHAR'S dan Azie Kitchen)


Bahan-bahan:
250 gram butter 
500 gram mix fruit 
1 cawan gula perang (boleh kurangkan) 
1 cawan air sejuk 
2 cawan tepung gandum (ayak bersama 
1 sudu kecil baking powder)
1 sudu kecil esen vanilla
3 biji telur

Cara-cara membuatnya


Rebus buah-buahan campuran bersama air dan gula 
sehingga kembang. Tutup api dan masukkan butter. Kacau
 rata dan biarkan sejuk.

  • Pukul telur dan masukkan esen vanila. Kemudian tuangkan ke dalam adunan buah rebus dan kacau dengan senduk. 
  • Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit dan kacau rata. 
  • Tuang ke dalam loyang bulat saiz 8 inci yang telah disapu dengan butter dan dialas dengan kertas baking. Tabur sedikit kepingan badam di atasnya.

Adunan kek sebelum dan selepas di bakar.



Bakar pada suhu 170 selama 45 minit atau sehingga 
masak. Angkat dan sejukkan seketika di dalam loyang sebelum
 disejukkan sepenuhnya atas wire rack.

20 comments:

  1. Emmm dapnya sweeties..
    Rasa nak ambil sepotong tu😀

    Teringat jua arwah mak CH ni..
    Arwah dulu pun buat kek buah versi bakar dioven juga..
    Bezanya bakar dgn kukus ni..
    Kek kukus lembab2 moist gitu..
    Kalau yg dibakar kering2 rapuh gitu..

    Bg CH pulak pilih saja yg senang dan cepat dibuatkan ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dekat mmg saya hulurkan sepotong. 😊

      Kek ni walaupun versi bakar tp ia lembab Tie mcm kek2 buah yg dijual peniaga roti bermotosikal tu.

      Saya pun sebab yg berkukus tu leceh... lama sgt siapnya baru boleh makan.

      Delete
  2. sedapnya sweetie, sukalah tengok akak buat kek-kek nih semua sedap2 saya teringin nak cuba tapi entah bila.

    Oh ya opet dalam entri saya tu satu watak dalam movie upin ipin dulu yang suka makan buah durian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trylah buat mama aryan... resipi2 kek yg saya buat ni pun mudah dan ringkas je. Tak guna bahan yg banyak.

      Delete
  3. sedapnya..enak banget bau kek yg baru dibakar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. baunya tu semerbak memenuhi ruang dapur membuatkan tak sabar nak potong dan ngap!

      Delete
  4. Cantek kejadian kek buahnya tu sweetie.Kiranya sweetie memang buat kek sejak dulu lagi lah ya...Bertuah ayah sweetie bila teringin boleh anaknya buatkan.
    Tiba2 teringin nak makan kek buah...ermm nanti anak balik nak suruh buat lah.Resepi pun sweetie dah share.Dulu2 adalah buat ,dah lama dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mmg suka buat kek Saniah. Seronok tgk bila buat menjadi pulak.

      Ya dulu arwah abah suka makan kek ni... kini tinggal kenangan je... dia dah berpuluh tahun pergi meninggalkan kami adik beradik... begitu jugak mak saya.

      Trylah buat nanti. Tak susah dan tak payah pakai mixer. Gulanya tu boleh kurangkan pada 3/4 cawan je. Jadi taklah manis sgt.

      Delete
  5. sedapnye lahai..feveret jgak kek ni!
    Yes bapak sy pon feveret kek ni..cme ank dia ni je malash sgt nk buat haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun dibakar keknya lembab dan sedap... kalau tak suka manis kurangkan sukatan gulanya 3/4 cawan je nina. Trylah buat senang dan tak ambik masa sgt mengadun dan menunggunya masak.

      Delete
  6. Oo, ingatkan dah Ada kukus serba guna yg amik masa sekejap je masak tu, hehe..
    Tapi mmg mudah sungguh bahan2 dia, mudahla nak cari, cuma anak2 Tak suka kekla plak, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takkk! Tak beli pun periuk serbaguna tu.

      Ya senang sgt resipinya... dan tak perlu mixer2 pun. Gaulnya dgn senduk kayu.

      Delete
  7. benih bunga matahari tu saya beli di kedai rm2, masa balik kampung hari tu. dekat kedai rm2 dekat rumah saya tu tak perasan ada jual tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh ye... nanti saya nak pi cari lah.

      Delete
  8. ohoo dh berjaya membakor kek buah ni ye ksweetie! simple dan sodap kan..hihi! takyah nk ngukus sampai 4 jam..huhu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya Ina... akhirnya... dan resipi ni dah di sebarkan ke adik saya. Katanya sedap! Terus mintak resipi.��

      Delete
  9. Tak sangka sweetie ada skill baking..
    LZ pernah buat cake buah tapi bila bakar buah semua kat bawah.. something wrong some where terus mogok tak mau cuba lagi, huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn cepat menyerah LZ... Try lagi... resepi yg saya buat ni mmg senang. Buah2nya elok je tak mendap ke bawah.

      Delete